Pengkalan Balak Chalet
D'Nelayan Beach resort adalah resort percutian di pantai pengkalan balak meyajikan perbagai kemudahan anda untuk beriadah, hari kelaurga, famili day, seminar. Kemudahan yang lengkap untuk anda bagi perbagai aktivi anda.
Saturday, August 14, 2010
Saturday, June 12, 2010
D'NELAYAN BEACH RESORT, PENGKALAN BALAK, MELAKA
D' Nelayan Beach Resort
Dnelayan resort adalah sebuah destinasi percutian yang paling sesuai untuk anda dan keluarga yang inginkan keselesaan, ketenangan serta kedamaian. Terletak dipinggir selat Melaka, anda hanya perlu memandu melalui lebuh raya utara selatan selama satu setengah jam dari Kuala Lumpur, 45 minit dari Lapangan Terbang KLIA, 3 jam dari Singapura dan 30 minit dari pusat bandaraya Melaka.
Menginap di Resort ini, anda akan menikmati pemandangan yang sangat indah, kehalusan serta keputihan pasir pantai, deruan ombak memukul pantai dan menyaksikan matahari terbenam di kaki langit pada waktu senja serta kedinginan tiupan bayu malam dengan ditemani kerlipan bintang-bintang dan cahaya rembulan yang pastinya akan memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menginap di resort ini.

D’nelayan Beach Resort mempunyai 3 cawangan iaitu:
D'NELAYAN BEACH RESORT PADANG KEMUNTING
Kemudahan Penginapan 26 bilik
bilik standard : 8 bilik
bilik superior : 11 bilik
chalet kayu : 4
teratak desa : 2
bilik famili : 1 bilik
kemudahan dewan seminar
thearter : 100 pax
class : 70 pax
u shape : 30 pax
uu shape : 40 pax
Wednesday, April 14, 2010
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
FENOMENA ASTRONOMI- Bulan Senyum?
Bulan senyum itu hanya istilah yang digunakan oleh pemberita TV3 untuk mensensasikan fenomena tersebut. Apa yang sebenar berlaku ialah kedudukan planet musytari dan Zuhrah (Venus) serta bulan dalam keadaan sedemikian apabila dilihat dari Bumi. Fenomena tersebut berlaku kerana planet Musytari, Zuhrah dan Bulan masing-masing beredar di dalam orbitnya dan pada keadaan kedudukan tertentu objek-objek tersebut jika dilihat dari Bumi kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
Gambar di bawah menunjukkan kedudukan planet Musytari (Jupiter), Zuhrah (Venus) dan Bumi di dalam orbitnya pada 1 Disember 2008 jam 20:00. Kedudukan sedemikian menyebabkan kedua-dua planet tersebut kelihatan berdekatan antara satu sama lain jika dilihat dari Bumi. Pada tarikh dan masa tersebut bulan dalam fasa sabit (4 Zulhijah 1429) juga berada pada altitude 27 darjah (masih rendah dari ufuk)
Planet Musytari, Zuhrah, Marikh, Utarid dan Bumi dalam orbitnya pada 1 Disember 2008
Simulasi Bulan, Zuhrah(Venus) dan Musytari (Jupiter)
pada jam 20:00 1Disember 2008 ( 4 Zulhijah 1429) apabila dilihat dari Bumi
pada jam 20:00 1Disember 2008 ( 4 Zulhijah 1429) apabila dilihat dari Bumi
Kredit foto : www.mikesalway.com.au
Pantai Pengkalan Balak
TOKOH SARJANA FALAK
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
"AL-KHAWARIZMI (780-850)" | |
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan. | |
Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung. |
Berdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.
Subscribe to:
Posts (Atom)