Pelepasan anak penyu dipantai pengkalan balak.
keriangan anak anda melepaskan anak penyu di pantai
Jangan lupa percutian di tempat kami juga terdapat Penyu Karah yang bertelur pada bulan Mac hingga September. Jadi anda akan berpeluang menyaksikan sendiri penyu karah bertelur di samping melihat khazanah penyu di bilik pameran yang terdapat di Pusat Pengurusan Penetasan Penyu di bawah Jabatan Perikanan dengan kerjasama WWF. Lawatan ini adalah percuma. marilah bercuti bersama keluarga di pantai pengkalan balak.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
KUBAH PLANETARIUM AL-KHAWARIZMI
Planetarium Al-Khawarizmi, dilengkapi dengan peralatan terkini dan paling canggih di Asia Tenggara dan yang seumpamanya di Malaysia. Planetarium Al-Khawarizmi menggunakan projektor "SciDome".SciDome merupakan satu sistem video projektor yang direka khas untuk planetarium bersaiz sederhana. Sistem ini menjana imej yang terang dan sekata, serta yang paling penting, mudah diguna, fleksibel dan mesra pengguna.SciDome telah direkabentuk khas sebagai planetarium digital yang membolehkan simulasi masa nyata langit 3D, pertunjukan pada kubah dengan sepenuhnya dan persembahan multimedia. Kualiti, perincian perihal astronomi dan keupayaan pembelajarannya menjangkau sistem-sistem planetarium digital yang sedia ada di pasaran.Sistem digital SciDome menjana imej resolusi tinggi yang dipancarkan terus ke kubah planetarium. Diameter kubah yang menjangkau sehingga 9.1 meter menjanjikan pengalaman baru dalam tayangan video astronomi. Dengan kapasiti penonton seramai 90 orang pada satu-satu masa, anda akan merasai pengalaman seperti mengembara ke angkasa lepas sejurus menjejakkan kaki ke dalam Planetarium Al-Khawarizmi ini!