FENOMENA ASTRONOMI- Bulan Senyum?
Bulan senyum itu hanya istilah yang digunakan oleh pemberita TV3 untuk mensensasikan fenomena tersebut. Apa yang sebenar berlaku ialah kedudukan planet musytari dan Zuhrah (Venus) serta bulan dalam keadaan sedemikian apabila dilihat dari Bumi. Fenomena tersebut berlaku kerana planet Musytari, Zuhrah dan Bulan masing-masing beredar di dalam orbitnya dan pada keadaan kedudukan tertentu objek-objek tersebut jika dilihat dari Bumi kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
Gambar di bawah menunjukkan kedudukan planet Musytari (Jupiter), Zuhrah (Venus) dan Bumi di dalam orbitnya pada 1 Disember 2008 jam 20:00. Kedudukan sedemikian menyebabkan kedua-dua planet tersebut kelihatan berdekatan antara satu sama lain jika dilihat dari Bumi. Pada tarikh dan masa tersebut bulan dalam fasa sabit (4 Zulhijah 1429) juga berada pada altitude 27 darjah (masih rendah dari ufuk)
Planet Musytari, Zuhrah, Marikh, Utarid dan Bumi dalam orbitnya pada 1 Disember 2008
Simulasi Bulan, Zuhrah(Venus) dan Musytari (Jupiter)
pada jam 20:00 1Disember 2008 ( 4 Zulhijah 1429) apabila dilihat dari Bumi
pada jam 20:00 1Disember 2008 ( 4 Zulhijah 1429) apabila dilihat dari Bumi
Kredit foto : www.mikesalway.com.au